Engkau mengaku berkuasa
Tapi setiap hari engkau menerima arahan nafsu engkau
Engkau tidak mampu pun menolaknya
Engkau diarah ke sana dan ke mari
Tidak pula engkau sanggup membantahnya
Hingga engkau telah menjadi budak suruhannya
Engkau mengaku cerdik
Tapi setiap hari nafsu menipu engkau
Engkau tidak pun terasa kena tipu
Nafsu engkau telah merosakkan engkau
Namun engkau tidak terfikir dialah yang merosakkan engkau
Padahal engkau telah menjadi sengsara
Tapi engkau masih setia dengannya
Tidak terfikir pun oleh engkau bahawa dia adalah musuh engkau
Engkau mengaku kuat
Sanggup berlawan dengan siapa sahaja
Engkau boleh menang
Tapi dengan nafsu engkau kalah setiap masa
Engkau telah dibelasah oleh nafsu engkau
Engkau telah teruk dibuatnya
Engkau pun sedar engkau bahawa engkau telah dirosakkan olehnya
Namun engkau tidak tahu bagaimana hendak mengalahkannya
Hingga jiwa engkau tidak pernah tenang dibuatnya
Kebahagiaan engkau telah hilang olehnya
Walaupun begitu engkau tidak tahu bagaimana hendak mengalahkannya
Begitulah nafsu telah memperbudak-budak manusia
Sekalipun yang berkuasa, professor, dan yang gagah perkasa.
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi